Soalan Lazim (FAQ)

Apakah itu Portal Web Rasmi JKR Perlis?

Portal Web Rasmi JKR Perlis merupakan gerbang informasi dan perkhidmatan JKR Negeri Perlis kepada rakyat dan pelanggan.

 

Mengapa Portal Web Rasmi JKR Perlis diwujudkan?

Maklumat dan perkhidmatan Portal Web Rasmi JKR Perlis  diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

 

Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal Web Rasmi JKR Perlis?

Seluruh dunia boleh melayari dan menggunakan maklumat tersebut.

 

Apakah Dasar Privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Web Rasmi JKR Perlis tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.

 

Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Web Rasmi JKR Perlis?

Secara ringkas, kami boleh dihubungi melalui talian 03-973 3300 untuk pertanyaan umum atau anda juga boleh menghubungi alamat berikut:

Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
KM 3, Jalan Raja Syed Alwi,
01000 Kangar Perlis.

No. Telefon : 04 973 3300
No. Faksimili : 04 973 3319
E-Mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

APAKAH PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH JKR PERLIS?

Kami menawarkan perkhidmatan seperti menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam khususnya jalan, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan pengkalan serta Bekalan Air bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.

 

Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada agensi-agensi Kerajaan?

Anda boleh mengisi borang di bahagian "Hubungi Kami" dalam Portal Web Rasmi JKR Perlis. Ia akan disalurkan kepada agensi berkenaan.