Capaian Pantas Kontraktor
Capaian Pantas Integriti
- Aktiviti
- Dokumen Integriti
Sistem Aduan Pengguna
Sila klik pada pautan yang diberikan dibawah untuk membuat sebarang aduan.
Sila pastikan anda mengisi maklumat dengan tepat. Aduan anda akan diproses dalam tempoh 5 Hari Bekerja.
BERITA TERKINI
KARNIVAL PROFESION TEKNIKAL BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG SIMPANG SANGLANG PERLIS SEMPENA HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA (HPTN) 2026 Karnival Profesion Teknikal bersama Komuniti Kampung Simpang Sanglang sempena Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan telah dilancarkan dengan rasminya oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis, Ir. Norikhwan Bin Haji Abu Seman. Penganjuran karnival anjuran Bahagian Jalan, JKR Negeri Perlis ini bertujuan untuk mendekatkan profesion teknikal dengan masyarakat, memperkenalkan peranan pelbagai agensi serta mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat. Sebanyak 29 agensi dan organisasi telah terlibat dalam pameran dan aktiviti sepanjang karnival, merangkumi pelbagai sektor seperti kesihatan, keselamatan, kebajikan, pertanian, pendidikan, kewangan, utiliti, pengangkutan dan perkhidmatan awam. Pelbagai aktiviti menarik turut memeriahkan karnival, antaranya Fun Walk, cabutan bertuah, pelbagai aktiviti permainan dan aktiviti interaktif. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat, pihak penganjur, rakan strategik, komuniti Kampung Simpang Sanglang khususnya, para sukarelawan serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan sokongan bagi menjayakan program ini. Semoga penganjuran HPTN 2026 terus menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara profesion teknikal dengan masyarakat, menyampaikan perkhidmatan yang bermanfaat serta membina komuniti yang lebih sejahtera. Profesional Teknikal Pemacu Kemajuan Negara. #hptn2026 #jkrperlis #kampungsimpangsanglang #BersamaKomuniti #FunWalk2026 #profesionalteknikal #TogetherWeDeliver #iamJKR Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) Kementerian Kerja Raya Malaysia
📢 PEMAKLUMAN TENTATIF & LOKASI HPTN FUN WALK 2026 🚶♂️🚶♀️ Berikut dikongsikan tentatif program dan lokasi HPTN FUN WALK 2026 untuk makluman semua peserta. 📅 Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu) ⏰ Masa Berkumpul: 7.00 pagi 📍 Lokasi: Kampung Simpang Sanglang, Perlis 📌 Semua peserta diminta hadir lebih awal bagi memastikan kelancaran program. Sila imbas kod QR pada poster untuk panduan lokasi melalui Google Maps. ✨ Pelbagai aktiviti menanti anda. Jumpa anda di sana! #hptn2026 #HPTNFunWalk2026 #jkrperlis #ProfesionTeknikalPemacuKelestarian #MalaysiaMadani #iamJKR #jabatankerjarayamalaysia #KementerianKerjaRayaMalaysia #JasaKepadaRakyat #tangkasbertindak #deliverisourpriority












