• Laman Utama
  • Berita Terkini
  • MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA MENAIKTARAF DAN MENGGANTIKAN SISTEM PENYAMAN UDARA BAHARU DI KOMPLEKS KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) CAWANGAN NEGERI PERLIS - RABU, 8 JANUARI 2025

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA MENAIKTARAF DAN MENGGANTIKAN SISTEM PENYAMAN UDARA BAHARU DI KOMPLEKS KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) CAWANGAN NEGERI PERLIS - RABU, 8 JANUARI 2025

KANGAR, PERLIS - 8 Januari 2025 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Kerja Menaiktaraf Dan Menggantikan Sistem Penyaman Udara Baharu Di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Negeri Perlis oleh Jabatan Kerja Raya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku pemilik projek. Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Chan Hong Jin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset, Kementerian Dalam Negeri (KDN).
 
Penyerahan projek ini dengan rasminya diserahkan dalam upacara mendatangan dokumen serahan termasuk simbolik penyerahan replika kunci oleh En. Abdul Mannan bin Abd Halim selaku Pengarah Urusan Kontraktor Pro Tec Consolidated Sdn. Bhd. kepada Ir. Norikhwan bin Haji Abu Seman, Pengarah JKR Perlis, selaku Pegawai Penguasa dan seterusnya kepada YBrs. Puan Chan Hong Jin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan disaksikan oleh YBrs. Ir. Hj. Suhaili bin Mansor, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya Malaysia; YBrs. Ir. Dr. Norhayati binti Mat Wajid, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Bahagian Pakar Kecekapan Tenaga & Tenaga Diperbaharui, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya Malaysia; YBrs. Ts. Mohamad Khairul bin Mat Rose, Ketua Bahagian, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Kompleks, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis, YBrs. Ir. Khairul Nur bin Osman, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis; dan En. Ahmad Khusairi bin Zokifli, Pengarah Projek Kontraktor Pro Tec Consolidated Sdn. Bhd.
 
Projek ini dilaksanakan melalui kaedah konvensional dalaman iaitu telah direkabentuk dengan menggunakan kepakaran jurutera JKR sendiri yang berpusat di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Malaysia di Ibu Pejabat JKR Malaysia. Manakala penyeliaan projek juga dilaksanakan sepenuhnya oleh JKR Perlis yang diketuai oleh Pengawai Penguasa Projek iaitu Pengarah JKR Perlis.
 
Penggantian sistem penghawa dingin jenis VRV projek ini di Kompleks KDN Perlis turut melibatkan beberapa Jabatan Kerajaan iaitu:
• Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
• Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
 
 
• Jabatan Sukarelawan Negara (RELA)
• Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
• Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
 
Projek ini bermula pada 12 Disember 2023 dan disiapkan pada 23 Disember 2024 dengan kos siap akhir bagi projek ini mendapat penjimatan hampir RM500,000.00 dari kos siling asal projek. Projek ini juga telah berjaya disiapkan mengikut KPI serahan 3 dalam 1 iaitu:
• Sijil Perakuan Kerja Siap (CPC)
• Lukisan Siap Bina
• Penyata Akaun Muktamad – SOFA.
 
Disamping nilai tambah yang lain iaitu:
• Zero Lost Time Injury (LTI)
• Dokumen Operation & Maintenance (O&M)
• Penyiapan 1 hari lebih awal dari tarikh siap asal
• Kos penyiapan di bawah kos siling projek
 
Dengan lengkapnya penyiapan dan serahan bagi Projek Kerja Menaiktaraf Dan Menggantikan Sistem Penyaman Udara Baharu Di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Negeri Perlis ini maka akan menjadikan ruang pejabat di Kompleks Dalam Negeri (KDN) Cawangan Negeri Perlis akan lebih kondusif dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.