• Laman Utama
  • Berita Terkini
  • PENYERAHAN PROJEK MEROBOH DAN MEMBINA KUARTERS KOMPLEKS AGENSI KAWALAN SEMPADAN (AKSEM) PADANG BESAR, PERLIS - RABU, 04 DISEMBER 2024

PENYERAHAN PROJEK MEROBOH DAN MEMBINA KUARTERS KOMPLEKS AGENSI KAWALAN SEMPADAN (AKSEM) PADANG BESAR, PERLIS - RABU, 04 DISEMBER 2024

PADANG BESAR, PERLIS – 4 Disember 2024 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Meroboh Dan Membina Kuarters Kompleks Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Padang Besar, Perlis oleh Jabatan Kerja Raya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku pemilik projek. Majlis penyerahan projek ini telah dihadiri dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
 
Penyerahan projek ini dengan rasminya diserahkan dalam upacara mendatangan dokumen serahan termasuk simbolik penyerahan replika bangunan oleh Dato’ Haji Ismail bin Salleh selaku Pengarah Eksekutif Kontraktor Solar Alert Sdn. Bhd. kepada Ir. Norikhwan bin Haji Abu Seman, Pengarah JKR Perlis, selaku Pegawai Penguasa dan seterusnya kepada YBrs. Haji Ahmad Fuad bin Apandi, Setiausaha Bahagian, Kementerian Dalam Negeri dengan disaksikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Ismail, Menteri Dalam Negeri, YB Tuan Izizam Bin Ibrahim (Exco Infrastruktur, Pengangkutan & Hubungan Sempadan, Kerajaan Negeri Perlis), YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YDH. IG Tan Sri Razarudin bin Husain @ Abd Rashid, Ketua Polis Negara, YBhg. Dato; Ir. Ibrahim Bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN dan YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN.
 
Projek AKSEM bermula pada 30 Ogos 2021 dengan kos projek asal RM64,800,000.00. Projek ini disiapkan dengan kos akhir RM68,900,188.63 dengan mengambikira Variation Of Price (VOP) yang layak dituntut oleh pihak kontraktor melalui Pekeliling Perbendaharaan Malaysia P.K 2.4.
 
Rekabentuk bangunan ini adalah secara Teknologi Industrialised Building System (IBS) dengan Skor IBS 70.84%. Uniknya bangunan kuarters ini direkabentuk sepenuhnya tanpa menggunakan tiang dan rasuk konkrit sebaliknya menggunapakai Concrete Masonry Units (CMU) yang mana dinding CMU ini bertindak juga menapung beban struktur atas (Load Bearing Wall) selain bertindak sebagai penebat bunyi yang baik. Projek ini juga telah mengambil kira aspek pembangunan Lestari dengan penerapan rekabentuk cekap tenaga, menggunapakai bahan-bahan binaan mesra alam sekitar, penyediaan Sistem Penuaian Air Hujan dan lain-lain lagi. Melalui sesi penilaian dan Penarafan Hijau (PH) JKR, projek ini telah memperolehi keputusan Tiga Bintang (Amalan Pengurusan Terbaik).
 
Skop utama projek ini adalah Meroboh Bangunan Sedia Ada dan Membina Bangunan Baru seperti Kuarters Kelas D (Sebanyak 1 Unit), Kuarters Kelas E (Sebanyak 4 Unit), Kuarters Kelas F (Sebanyak 120 Unit), Dewan Serbaguna, Surau, Kedai Koperasi dan Kafeteria, Tadika, Gelanggang Futsal Berbumbung, Menara Tangki Air, Rumah Sampah, Pondok Jaga, Pencawang Padat (Compact Sub), Padang Kawad serta lain-lain kerja yang berkaitan.
 
Perakuan Siap Kerja (CPC) projek ini telah dikeluarkan pada 12 November 2024 dengan projek ini juga telah berjaya disiapkan mengikut KPI serahan 3 dalam 1 iaitu Sijil Perakuan Kerja Siap (CPC), Lukisan Siap Bina dan Penyata Akaun Muktamad – SOFA, disamping nilai tambah yang lain iaitu siap awal 2 hari dari jadual, tiada kemalangan QLASSIC dengan Skor 75%, SHASSIC (Pencapai Tiga Bintang), Zero Major Defect, Dokumen Penyerahan, Perlaksanaan Penarafan Hijau (PH) JKR, Anugerah Inovasi Cemerlang (Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja) Sempena SOC2024, Perlaksanaan Program Protege, Penyediaan Dokumen Coffee Table, Serahan Dokumen Aset Tagging Lengkap Sebelum CPC dan Perlaksanaan Rekabentuk IBS.
 
Dengan siapnya projek yang kondusif serta memenuhi kapasiti, ciri-ciri keselamatan dan dengan infrastruktur yang lengkap, Secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengawal sempadan negara.