• Laman Utama
  • Berita Terkini
  • KAYUHAN MAIPs PEDULI DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS SANTUNI ASNAF KARIAH SEMPERING, KOLABORASI HPTN JKR PERLIS 2024 - ISNIN, 25 NOVEMBER 2024

KAYUHAN MAIPs PEDULI DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS SANTUNI ASNAF KARIAH SEMPERING, KOLABORASI HPTN JKR PERLIS 2024 - ISNIN, 25 NOVEMBER 2024

Telah berlangsung Kayuhan MAIPs Peduli DYTM Tuanku Raja Muda Perlis menjejaki dan menyantuni asnaf kariah Sempering dengan kolabrasi Program Kayuhan HPTN JKR Perlis 2024 pada 25 Nov 2024 bermula di Masjid Al-Amin Sempering. Seramai dianggarkan 70 peserta yang turut terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis, Kumpulan DYTM TTG, MAIPs dan pemegang taruh dalam pelaksana projek.
 
Program kayuhan ini juga turut melawat tapak projek SMKA Kangar, Mukim Sena, Perlis yang diselia oleh JKR Negeri Perlis.
 
Projek ini melibatkan pembinaan sekolah baharu dengan kapasiti 600 orang pelajar merangkumi blok pentadbiran & akademik, 20 bilik darjah, blok asrama lelaki & perempuan, dewan utama, surau, dewan makan serta kemudahan fasiliti sukan.
 
Selain itu, projek ini menggunakan perisian Building Information Modelling (BIM) bagi tujuan pemodelan semasa peringkat rekabentuk & pembinaan. Penggunaan Sistem Binaan Bangunan Berindustri atau Industrialised Building System – IBS juga membantu meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan seterusnya memastikan projek dapat diserahkan kepada pelanggan dengan efektif.
 
Sebuah program yang ringkas namun penuh dengan pengisian kemasyarakatan.
 
Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu,
Negeri Sejahtera, Perlis Maju.
 
#Perlis Damai dan Menawan.
 
Menjunjung kasih Tuanku.