Accessibility Tools

BAHAGIAN UKUR BAHAN

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan JKR Perlis ditubuhkan selaras dengan terwujudnya Cawangan Kontrak & Ukur Bahan Ibu Pejabat JKR Malaysia. Bahagian ini juga turut berperanan dan berfungsi sepertimana yang dijalankan diperingkat ibu pejabat JKR Malaysia di dalam menguruskan kerja-kerja di peringkat pra dan pos kontrak samada untuk projek-projek kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri.

Objektif

  • Memastikan projek-projek kerajaan berjalan dengan efisien, teratur serta mengikut kontrak.
  • Memastikan projek-projek dilaksanakan dengan kos yang optimum di samping memenuhi prosedur dan dasar kerajaan.
  • Memberikan perkhidmatan kepakaran ukur bahan yang efektif dan khidmat nasihat yang berkesan kearah aduan sifar.

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KONTRAK & UKUR BAHAN

Komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan kepakaran ukur bahan di peringkat pra dan pos kontrak yang berkualiti dan disiapkan mengikut jadual perlaksanaan yang dipersetujui bersama.

Kami Menjanjikan Perkhidmatan yang terbaik kearah mencapai matlamat bahagian iaitu :-

  • Penyediaan senarai kuantiti dan dokumen tender dalam tempoh 4 minggu selepas penerimaan.
  • Pemangilan sebutharga tidak melebihi 5 hari dari tarikh penerimaan.
  • Menguruskan kerja-kerja undi dalam tempoh 7 hari setelah diterima.

Kami juga menjanjikan perkhidmatan audit teknik dilaksanakan tidak melebihi 5 hari.

Bagi projek dimana pentadbiran kontrak dilaksanakan oleh bahagian ini, kami menjanjikan :-

  • Penilaian interim akan dibuat sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan
  • Penilaian perubahan kerja akan disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 3 minggu dari tarikh perkiraan.
  • Perakuan muktamad akan disiapkan dalam 6 bulan dari tarikh siap kerja sebenar.

Kami juga akan sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat kepakaran kontrak kepada bahagian atau agensi yang memerlukannya.

  1. Mesyuarat Bulanan Bahagian – sebulan sekali
  2. Gotong Royong 5S – Setiap Hari Jumaat

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan,
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
KM 3, Jalan Raja Syed Alwi,
01000 Kangar, Perlis.

No. Telefon : 04-973 3300 ext : 3483 / 3496
No. Faks : 04- 973 3499