BAHAGIAN MEKANIKAL
PENGENALAN
Cawangan ini terletak di dalam Kompleks JKR Perlis yang beralamat KM3 Jalan Raja Syed Alwi 01000 Kangar, Perlis dengan keluasan kawasan lebih kurang 1 ekar. Cawangan ini diwujudkan bagi membantu JKR dalam kerja-kerja pembaikan jalanraya dan bekalan air dengan memberi perkhidmatan pembaikan kepada kenderaan, jentera pembinaan dan penyelenggaraan jalan serta loji Bekalan Air.
Memainkan peranan yang penting dalam bidang rekabentuk dan penyelenggaraan perkhidmatan bangunan disamping kerja-kerja sedia ada di atas. Peranan ini sejajr dengan keperluan JKR secara menyeluruh dimana penekanan kepada kualiti dalam bangunan perlu ditingkatkan. Dalam menyahut keperluan Pembangunan Negara, cawangan ini telah membangunkan tenaga kerja teknikalnya dengan mengadakan beberapa latihan sebagai mengukuhkan pengetahuan.
Peranan ini sejajar dengan misi korporat JKR masa kini, iaitu untuk memberi perkhidmatan dan nasihat teknikal kepada Kerajaan, Kementerian dan Jabatan Kerajaan dalam perancangan, rekabentuk, pengendalian dan penyelenggaraan kemudahan jalanraya, bekalan air dan bangunan Kerajaan. Lembaran Perancangan Cawangan ini akan menekankan perancangan-perancangan yang telah dibuat untuk memastikan bahawa sumber-sumber yang ada dimanfaatkan dengan berkesan.
OBJEKTIF
- Memberi sepenuhnya perkhidmatan dan sokongan bidang Mekanikal mengikut jadual pelaksanaan yang dipersetujui.
- Memastikan kos pelaksanaan kerja mengikut peruntukan yang dipersetujui.
- Ke arah aduan sifar daripada pelaggan terhadap perkhimatan yang diberi.
Kami komited untuk menyedia dan menyelenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan professional yang berkualiti berteraskan kepada:
- Jangka masa yang ditetapkan
- Kos yang ekonomi
- Rekabentuk yang berkualiti dan mapan
Cawangan ini akan sentiasa memastikan aset kerajaan yang dipertanggungjawabkan kepada kami berfungsi seperti yang ditetapkan.
Dalam melaksanakan tugas dan fungsi seperti di atas, kami berjanji tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:
- Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal – 1 hari
- Kerja pembaikan besar (major overhaul) kenderaan dan loji berat – 4 bulan
- Kerja pembaikan kecil kenderaan dan loji berat – 1 bulan
- Penggantian chiller – 1 tahun
- Penggantian lif – 1 tahun
- Menaiktaraf pencegah kebakaran kepada sistem perlindungan jenis sprinkler – 10 bulan
Aktiviti-Aktiviti yang akan dijalankan :-
- Gotong Royong di Bahagian Mekanikal JKR Perlis pada September 2013.
- Kursus Pemantapan KIK Kepada Ahli-ahli Di Bahagian Mekanikal JKR Perlis pada Oktober 2013 bertempat di Negeri Kedah.
- Lawatan Kerja Di Negara Thailand pada November / Disember 2013.
Bahagian Korporat,
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
KM 3, Jalan Raja Syed Alwi,
01000 Kangar, Perlis.
- Ketua Penolong Pengarah Mekanikal – 04-973 3300 samb. 3400
- Penolong Pengarah Mekanikal – 04-973 3300 samb. 3401
- Pentadbiran Am – 04-973 3300 samb. 3403
- No.Fax Mekanikal – 04-973 3412