BAHAGIAN KORPORAT
PENGENALAN
Selari dengan misi dan visi di Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menjadi salah sebuah pusat kecemerlangan pembangunan bertaraf global, Bahagian Korporat merupakan salah satu bahagian yang terpenting di dalam merealisasikan wawasan tersebut dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, bermutu dan cemerlang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak pelanggan pada masa kini.
Bahagian Korporat juga bertanggungjawab untuk menguruskan perkara-perkara yang tidak dipertanggungjawabkan atau dikendalikan oleh mana-mana 11 bahagian lain yang terdapat di Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis. Perkara-perkara tersebut adalah merujuk kepada Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Jabatan, Pengurusan Kualiti dan Pengurusan Kewangan.
Bahagian Korporat adalah terbahagi kepada empat (4) unit yang utama iaitu
- Unit Pentadbiran
- Unit Kualiti
- Unit Kewangan
- Unit 5S.
Setiap seksyen atau unit yang terdapat di bawah Bahagian Korporat memainkan peranan serta tanggungjawab yang tersendiri dan amat penting kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat atau orang awam di Negeri Perlis.
OBJEKTIF BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT
Memberi khidmat sokongan kepada Pengurusan Atasan dan organisasi JKR Perlis dalam merancang, melaksana,memantau projek dan kemudahan awam dari segi jangka kos, jangka masa dan rupa bentuk yang dipersetujui dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:-
- Penyelarasan serta pemantauan pelaksanaan yang sistematik dan berkualiti dengan menggunakan sistem kerja, teknologi perhubungan serta sumber maklumat yang terkini.
- Pembangunan dan Pengurusan sistem kerja serta sumber manusia yang terancang.
- Belanjawan Serta kemudahan pelbagai yang cekap dan berkesan.
- Bahagian Korporat kini sedang melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam.
- Menetapkan setiap hari jumaat sebagai hari melaksanakan aktiviti EKSA.
Bahagian Korporat,
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
KM 3, Jalan Raja Syed Alwi,
01000 Kangar, Perlis.
No. Telefon : 04-973 3309
No. Faks : 04- 973 3319