Accessibility Tools

BAHAGIAN ELEKTRIK

VISI CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Menjadi penyedia perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan bagi kejuruteraan elektrik dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta berteknologi terkini.

MISI CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Misi kami adalah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dalam perkhidmatan elektrik dengan :

  1. Membantu pelanggan kami dengan merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  2. Mempiawai proses dan sistem kami untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
  3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
  4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan yang sedia ada.
  5. Membangunkan modal insan dan komptensi baru
  6. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
  7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
  8. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan

Cawangan Kejuruteraan Elektrik adalah komited untuk menyedia dan menyenggara aset kerajaan dalam memberi khidmat kepakaran Kejuruteraan Elektrik kepada organisasi JKR dan agensi pelangga berteraskan kepada :

  1. Jangka masa yang ditetapkan
  2. Kos yang ekonomik
  3. Rekabentuk yang berkualiti dan mapan

Cawangan ini akan sentiasa memastikan perkhidmatan elektrik bagi aset kerajaan yang dipertanggungjawabkan kepada kami berfungsi seperti yang ditetapkan

1.0 PENGURUSAN PROJEK

  • Memastikan pelantikan kontraktor elektrik dibuat pada peringkat dua puluh peratus (20%) kemajuan fizikal kontraktor utama.
  • Menyedia dan meyerahkan laporan penilaian tender tiga (3) minggu selepas penerimaan dokumen tender daripada urusetia tender.
  • Memastikan kos pelaksanaan projek elektrik tidak melebihi kos yang dipersetujui oleh pelanggan.
  • Memastikan kepuasan pelanggan mencapai tahap tujuh puluh peratus (70%) ditahap baik berdasarkan borang soal selidik kajian kepuasan pelanggan yang diterima.

2.0 PENGURUSAN FASILITI ASET

  • Memberi akaun penerimaan kerosakan elektrik dan membuat penyiasatan kerosakan elektrik dalam tempoh satu (1) hari.
  • Mengambil tindakan penyempurnaan ke atas kerosakan elektrik tidak lebih dari tujuh (7) hari.

3.0 PENGURUSAN KAWALAN BAHAN

  • Mengeluarkan keputusan permohonan baru daripada pembekel/pengilang tidak melebihi lapan (8) minggu dari tarikh permohonan dokumen lengkap diterima.
  • Mengeluarkan keputusan ke atas permohonan pembaharuan daripada pembekal atau pengilang tidak melebihi dua (2) minggu dari tarikh permohonan dokumen lengkap diterima.

4.0 PENGURUSAN ADUAN

  • Memberi akaun penerimaan aduan dalam tempoh satu (1) hari.
  • Memberi maklum balas aduan dalam tempoh tujuh (7) hari.
  1. Mesyuarat Bulanan Bahagian – sebulan sekali
  2. Gotong Royong 5S – Setiap Hari Jumaat

Bahagian Elektrik,
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
KM 3, Jalan Raja Syed Alwi,
01000 Kangar, Perlis.

No. Telefon : 04-973 3300 ext : 3373 / 3374
No. Faks : 04- 973 3378