Accessibility Tools

Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur

Bahagian Rekabentuk Awam dan Struktur Negeri Perlis telah ditubuhkan pada 26 Julai 2019. Perkara ini telah diputuskan semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia Bil.2 Tahun 2019. Tujuan utama penubuhan bahagian ini di setiap JKR Negeri adalah untuk memperkasakan lagi peranan JKR dalam pelaksanaan projek pembangunan Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke 11 dan RMKe 12 selaras dengan AP182.

Bahagian ini diketuai oleh seorang Jurutera Awam Kanan Gred J48 dan turut dibantu oleh 2 orang Jurutera Awam serta kakitangan daripada Kumpulan Pelaksana.

OBJEKTIF

  1. Menguruskan pelaksanaan projek dalam penyediaan rekabentuk, lukisan kejuruteraan awam dan struktur serta spesifikasi berdasarkan kepada kaedah pelaksanaan projek secara konvensional dalaman.
  2. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada bahagian dalaman JKR yang berkaitan
  3. Merekabentuk dan menyediakan lukisan kejuruteraan awam dan struktur
  4. Melaksanakan pemeriksaan bangunan dan kerja forensik struktur dan sivil serta mencadangkan tindakan pembaikan
  5. Menguruskan dan menyelia aktiviti makmal JKR Perlis iaitu Ujian Mampatan Kiub dan Ujian JKR Probe

Rekabentuk Struktur dan Sivil

Tertakluk kepada syarat lukisan lengkap telah disediakan oleh pejabat Arkitek;

Jenis RekabentukPelan PAP Tanpa PindaanLain-Lain
Tempoh Rekabentuk2 Bulan3 Bulan

Pemeriksaan Bangunan serta Kerja Forensik Struktur dan Sivil

Laporan pemeriksaan disediakan dalam tempoh 14hari selepas pemeriksaan dijalankan.

  1. Menjalankan Ujian Rebound Hammer untuk menentukan gred konkrit struktur sedia ada.
  2. Menjalankan Ujian JKR Probe untuk menentukan kekuatan galas tanah.
  3. Menjalankan Ujian Kiub di Makmal JKR untuk menentukan kekuatan mampatan konkrit.
  4. Aktiviti EKSA setiap Jumaat petang.

 

Bahagian Rekabentuk Awam dan Struktur Negeri
Aras 1 Blok H
KM3 Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar
Perlis

Tel: 04-973 3300
Fax: 04-973 331