Elektrik - Pengenalan

VISI CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Menjadi penyedia perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan bagi kejuruteraan elektrik dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta berteknologi terkini.

MISI CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Misi kami adalah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dalam perkhidmatan elektrik dengan :

  • Membantu pelanggan kami dengan merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  • Mempiawai proses dan sistem kami untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
  • Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan yang sedia ada.
  • Membangunkan modal insan dan komptensi baru
  • Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
  • Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
  • Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan