CPAB - Pengenalan

Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis terdiri daripada 2 unit iaitu Unit Pengurusan Portfolio Negeri (UPPN)  dan Unit Pengurusan Fasiliti Negeri (UPFN).

Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis diketuai seorang Ketua Cawangan Perancangan Aset Bersepadu  (J48), seorang Jurutera Elektrik (J44), seorang Jurutera Awam (J41), 5 orang Penolong Jurutera Awam (JA29), seorang Pembantu Tadbir (N19), seorang pembantu awam (H11) dan seorang pemandu (H11) bersama-sama menjalankan fungsi bahagian.

Fungsi bahagian:

A. Unit Pengurusan Portfolio Negeri (UPPN)

  1. Bertindak sebagai pegawai penyelaras dalam memantau pelaksanaan serta pelaporan Pengurusan Projek.
  2. Memastikan pelaksanaan semua dasar dan arahan berkaitan pengurusan program dan projek Jabatan.
  3. Memastikan pelaksanaan dan prestasi projek sejajar dengan strategi pelaksanaan melalui penilaian prestasi projek merangkumi Pelaporan status projek, pencapaian KPI pengurusan projek, Intervensi serta Mesyuarat Bulanan Pemantauan Prestasi Projek.
  4. Menyelaras pelaksanaan penilaian status kesihatan projek (PHC).
  5. Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam penjadualan kerja dan pengawasan projek.
  6. Meningkatkan kompetensi pengurusan projek melalui program pembangunan kompetensi di Negeri.
  7. Mengurus dokumentasi pengurusan projek merangkumi Standards, Project Lessons Learned ,Amalan Terbaik (Gerbang Nilai, RMP dan Penjadualan Kerja).
  8. Memantau pengemaskinian maklumat projek di peringkat negeri melalui kaedah pemantauan dan pelaporan dengan menggunakan sistem dan aplikasi terkini (SKALA).
  9. Mengurus dan melaksanakan Pendaftaran Projek baru di dalam Sistem SKALA (sekiranya Negeri dilantik sebagai Pengurus Program) serta menyediakan Surat Lantikan Penolong Pengurus Program dan Head of Project Team (HOPT).
  10. Melaksanakan kursus-kursus yang berkaitan dengan Amalan Terbaik untuk peningkatan kompetensi kakitangan jabatan.

B. Unit Pengurusan Fasiliti Negeri (UPFN)

Aset Tak Alih

  1. Memantau Pelaksanaan Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) oleh Bahagian Bangunan & Bahagian Jalan di JKR Perlis.
  2. Menyelaras latihan kompetensi dalam PAM, TPATA, Kontrak Pengurusan Fasiliti & Penyenggaraan dan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR - Pengurusan Penyenggaraan kepada kakitangan di peringkat negeri.
  3. Melaksanakan kursus-kursus yang berkaitan dengan Aset Tak Alih untuk peningkatan kompetensi kakitangan jabatan.

Aset Alih

  1. Menyelaras Pengurusan Aset Alih JKR Perlis
  2. Merancang, melaksana dan menganjurkan kursus Pelaksanaan Pengurusan Aset Alih
  3. Urusetia JKPAK peringkat Negeri

Pembangunan Negeri

  1. Memantau & menyelaras pelaksanaan serta perbelanjaan projek-projek Pembangunan Negeri di bawah peruntukan P09
  2. Memantau dan menyelaras pelaksanaan serta perbelanjaan projek-projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2021