Projek-Projek Kecil Ransangan Ekonomi Negeri Perlis Tahun 2020

(PROJEK-PROJEK DI BAWAH PENTADBIRAN BAHAGIAN PENTADBIRAN DAERAH, BAHAGIAN PERUMAHAN, JABATAN KERJA RAYA, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MAJLIS PERBANDARAN KANGAR)

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri melaksanakan projek-projek kecil di jabatan/agensi yang tersebut di atas dalam usaha mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri perlis ekoran dari kesan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2.      Dengan ini, pemilik-pemilik Lesen G1 (yang beralamat di Perlis sahaja) adalah dipelawa untuk mendaftar secara berpusat seperti berikut : 

         TEMPAT : DEWWAN Q, JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERLIS

         TARIKH : 14 MEI 2020

         MASA     : 8.30 PAGI - 4.00 PETANG

 3.      Pendaftaran ini WAJIB dihadiri oleh penama yang ditauliahkan seperti dalam Sijil Pendaftaran sahaja. Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut :                          

         I)   SALINAN KAD PENGENALAN;

          II)  COP SYARIKAT;

          III)  SALINAN PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR;

          IV)  SALINAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN

 4.       Permohonan yang tidak mematuihi syarat di Para 3 (I-IV) yang ditetapkan dalam kenyataan ini akan DITOLAK.

5.       Semua yang hadir hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan (mengamal penjarakan sosial. memakai face mask dan menggunakan hand sanitizer).

 

MUAT TURUN DOKUMEN LENGKAP