MENYIAPKAN BAKI KERJA BAGI PROJEK PEMBANGUNAN PEJABAT OPERASI PUSAT PEMERIKSAAN KASTAM (CEA), KOMPLEKS ICQ, PADANG BESAR, PERLIS (TAWARAN SEMULA)
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK
Majlis Penyerahan Projek siap ini telah diadakan pada 12 Jun 2025 (Khamis) dengan dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Zuraidi Bin Husain Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, JKDM Ibu Pejabat, Yang Berhormat Tuan Hj Ismail Bin Hashim, Pengarah Kastam Negeri Perlis, YBrs. Puan Hamizah Binti Kassim, Ketua Seksyen (Pembangunan & Perolehan), Bahagian Dasar Saraan & Perolehan, Kementerian Kewangan Malaysia, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia, dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Turut hadir sama adalah Kontraktor Utama Maju Merge Resources Sdn Bhd, NSC-NSC yang terlibat Nadi Ara Mechanical & Electrical Engineering Sdn. Bhd. (NSC Elektrik), Zulhijjah Enterprise (NSC MEKANIKAL – Sistem Penyaman Udara), ADF Bayu Enterprise (NSC MEKANIKAL – Sistem Pencegah Kebakaran) dan FMY Niaga Enterprise (Kontraktor Papan Tanda).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
pautan link : https://www.facebook.com/share/p/1JQCjyYi8e/






