MAJLIS SELUHUR BUDI, SEJAMBAK KASIH TUAN PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERLIS

13 Jun 2024 | Majlis Seluhur Budi, Sejambak Kasih telah diadakan di Dewan Mekanikal, JKR Negeri Perlis bagi meraikan perpisahan sempena pertukaran kenaikan pangkat YBrs Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis ke Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
 
Tuan Pengarah mula diraikan dengan menaiki kenderaan Land Rover dengan diiringi beberapa Ketua Bahagian ke Dewan Mekanikal, JKR Negeri Perlis. Majlis tersebut berjalan dengan jayanya dengan ucapan penghargaan daripada YBrs Ir. Muhammad Jasni bin Othman mewakili Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan tayangan multimedia yang menyentuh jiwa. Tuan Pengarah JKR Negeri Perlis juga turut menyempurnakan majlis dengan gimik potongan riben sempena meraikan kenaikan pangkat beliau.
 
Di akhir majlis, diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata dari Kumpulan P&P, Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Perlis dan dari semua Bahagian sempena perpisahan serta sebagai tanda kenang-kenangan yang ikhlas lagi abadi buat Tuan Pengarah JKR Negeri Perlis.
 
Seluruh warga JKR Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan Tuan Pengarah sepanjang berkhidmat di JKR Negeri Perlis.