Jalan - Pengenalan
OBJEKTIF BAHAGIAN JALAN
- Merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek pembangunan jalan, pelabuhan dan rekreasi untuk kemudahan awam.
- Memastikan projek disiapkan mengikut jadual, berkualiti tinggi dengan kos yang ekonomik.
- Memberi nasihat teknikal dalam bidang pembinaan jalan kepada agensi-agensi kerajaan.
FUNGSI BAHAGIAN JALAN
- Kami merancang, merekabentuk dan membina jalan-jalan dan jambatan-jambatan baru yang ditaja oleh Kerajaan Persekutuan.
- Kami bertindak sebagai agensi pelaksana di dalam pembinaan jalan-jalan baru yang ditaja oleh Kerajaan Persekutuan.
- Kami memberi nasihat teknikal dan kepakaran kepada Kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang lain ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan jalan.