Bangunan - Pengenalan
FUNGSI BAHAGIAN BANGUNAN
Kami bertindak sebagai agensi pelaksana di dalam pembinaan bangunan Negeri dan juga Persekutuan.
Kami memberi nasihat teknikal dan kepakaran kepada Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan yang lain keatas perkara-perkara yang berkaitan dengan pembinaan bangunan.
OBJEKTIF BAHAGIAN BANGUNAN
Merancang, melaksanakan dan mengawasi projek pembinaan bangunan.
Memastikan projek disiapkan mengikut jadual, berkualiti tinggi dengan kos yang ekonomik.
Memberi nasihat teknikal dalam bidang pembinaan bangunan kepada agensi-agensi Kerajaan.
OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN BANGUNAN
Kearah penyiapan dan penyerahan projek bangunan mengikut jadual pelaksanaan dan kos yang dipersetujui dengan kualiti yang terbaik mengikut spesifikasi.
Ke arah pembinaan bangunan aduan sifar demi keselamatan, keselesaan dan kepuasan pelanggan.