• Home
  • Berita Terkini
  • MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN ASRAMA TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) UNTUK 320 PELAJAR DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI TAPAK PTP SMK AGAMA ARAU, PERLIS - SELASA, 17 DISEMBER 2024

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN ASRAMA TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) UNTUK 320 PELAJAR DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI TAPAK PTP SMK AGAMA ARAU, PERLIS - SELASA, 17 DISEMBER 2024

ARAU, PERLIS – 17 Disember 2024, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Asrama Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Untuk 320 Pelajar Dan Lain-Lain Kemudahan Di Tapak PTP Smk Agama Arau, Perlis oleh Jabatan Kerja Raya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KDN) selaku pemilik projek. Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan.
 
Penyerahan projek ini dengan rasminya diserahkan dalam upacara mendatangan dokumen serahan termasuk simbolik penyerahan replika bangunan oleh En. Shahrizan bin Senawi selaku Pengarah Urusan Kontraktor Prohass Jaya (M) Sdn. Bhd. kepada Ir. Norikhwan bin Haji Abu Seman, Pengarah JKR Perlis, selaku Pegawai Penguasa dan seterusnya kepada YBhg. Datuk Masyati binti Abang Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan disaksikan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan; YBhg. Tuan Haji Omar bin Salleh, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), KPM; YBrs. Tuan Rose Aza bin Che Arifin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis; YBhg. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan a/l A Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan JKR dan YBrs. Puan Maznah binti Musa, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis, Jabatan Perdana Menteri
 
Rekabentuk bangunan ini adalah secara Teknologi Industrialised Building System (IBS) dengan Skor IBS 83.48%. Kaedah pelaksanaan projek ini telah dibuat secara konvensional (dalaman) iaitu rekabentuk bangunan ini menggunakan kepakaran jurutera JKR sendiri. Penyeliaan juga dilaksanakan sepenuhnya oleh JKR Perlis di mana pengawai penguasa projek adalah Pengarah JKR Perlis. Antara inovasi bagi projek ini adalah rekabentuk pembinaan kolam takungan dengan menggunakan kaedah Enviro Modular. Pengunaan teknologi Enviro Modular ini, dapat mengatasi kekangan keluasan tanah yang terhad bagi projek ini. Dengan terbinanya kolam takungan yang menggunakan kaedah moden ini, secara tidak lansung kawasan atas kolam tadahan yang lapang dapat dimanfaatkan oleh anak-anak pelajar untuk melakukan aktiviti riadah. Di antara kelebihan produk ini juga adalah pembinaan lebih cepat dengan penyelenggaraan yang mininum. Dengan inovasi seperti ini, kita dapat mengatasi kelemahan kaedah konvensional dan secara tidak langsung menyumbang kepada kelestarian industri pembinaan
 
Skop utama projek ini adalah seperti berikut :-
a) 1 Unit Blok Asrama Lelaki (3 Tingkat),
b) 1 Unit Blok Asrama Perempuan (3 Tingkat),
c) 1 Blok Dewan Makan,
d) 1 Unit Compact Sub TNB,
e) 1 Unit Loji Rawatan Kumbahan,
f) Kerja-Kerja Mekanikal,
g) Kerja-Kerja Elektrik dan Lain-lain yang berkaitan
 
Projek ini bermula pada 15 Disember 2021 dengan Harga Kontrak Asal yang dianugerahkan kepada pihak kontraktor adalah sebanyak RM19,579,932.00 dan ianya disiapkan pada 30 Oktober 2024 dengan Harga Kontrak Semasa sebanyak RM18,807,658.23 yang mana terdapat penjimatan iaitu sebanyak RM772,273.77. Projek ini juga telah berjaya disiapkan dengan KPI 3 dalam 1 iaitu :-
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC), pada 30 Oktober 2024 ;
2. Lukisan Siap Bina, pada 28 Oktober 2024 ;
3. Penyata Akuan Muktamad (SOFA) pada 30 Oktober 2024
 
Selain itu, projek ini mempunyai pencapaian nilai tambah lain seperti berikut :-
1. Penjimatan sebanyak RM772,273,77 ;
2. Zero Lost Time Injury (LTI) ;
3. Dokumen Aset Tagging Lengkap Sebelum CPC ;
4. QLASSIC dengan Skor 76% ;
5. Dokumen Operation & Maintenance (O&M)
 
Dengan siapnya dan diserahkan projek ini, maka ianya dapat menyediakan akses dan kemudahan fasiliti yang berkualiti bagi meningkatkan lagi pencapaian kecemerlangan pelajar di sekolah ini. Selain itu, ianya juga dapat memberi impak positif iaitu penjimatan kos tambang bas pelajar dengan terbinanya asrama ini. Pemusatan pelajar di asrama juga secara langsung dapat memudahkan pihak sekolah merancang dan memantau prestasi serta sahsiah pelajar secara lebih dekat lagi.