MAJLIS PENYERAHAN ANUGERAH JKR MALAYSIA
Isnin, 27 Mei 2024 | Majlis Penyerahan Anugerah JKR Malaysia telah diadakan sempena Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia Tahun 2024 bertempat di Hotel KSL Esplanade, Klang, Selangor. Majlis yang bertemakan #KitaJKR: Teguh Berdiri, Memenuhi Harapan telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan.
Sebanyak dua belas (12) kategori anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah JKR Malaysia yang melibatkan Anugerah Inovasi JKR Malaysia dan Anugerah Kontraktor Cemerlang. JKR Perlis juga telah berjaya merangkul sebanyak tujuh (7) anugerah seperti berikut:
a. Anugerah Inovasi JKR Malaysia
i. Johan Pengurusan JKR Negeri Terbaik;
ii. Johan Pengurusan Pembinaan Terbaik bagi Kos Projek RM500 Ribu hingga RM20 Juta – (Pembinaan Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung (GSTB) Mengikut Piawai dan Kemudahan Lain yang Berkaitan di SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis); dan
iii. Naib Johan Pengurusan Pembinaan Terbaik bagi Kos Projek Melebihi RM20 Juta – (Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters (2F/2G) Padang Besar, Perlis).
b. Anugerah Kontraktor Cemerlang
i. Johan Kategori Bangunan (500K – 20Juta) – Raja Hussin Sdn. Bhd. (Pembinaan Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung (GSTB) Mengikut Piawai dan Kemudahan Lain yang Berkaitan di SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis);
ii. Naib Johan Kategori Bangunan (Melebihi 20Juta) – Pertabina Technical Services Sdn. Bhd. (Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters (2F/2G) Padang Besar, Perlis);
iii. Naib Johan Kategori Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – Solar Alert Sdn. Bhd. (Meroboh dan Membina Kuarters Kompleks Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Malaysia, Padang Besar, Perlis.
Buat julung kalinya, Anugerah Khas YB Menteri Kerja Raya telah diperkenalkan bersempena SOC pada tahun ini dan ianya juga dianugerahkan kepada JKR Negeri Perlis.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja JKR Perlis yang turut menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada pencapaian tersebut.