PROGRAM CABUTAN UNDI PERDANA NEGERI PERLIS
Program Cabutan Undi Perdana Negeri Perlis telah diadakan 10 Mei 2024 (Jumaat) secara ‘live’ melalui Facebook Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis bermula 10.00 pagi. Program dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Izizam bin Ibrahim EXCO Kemudahan & Prasarana, Pengangkutan, Hubungan & Kerjasama Sempadan, Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam bertempat di JKR Negeri Perlis.
Pada kali ini, agensi yang menyertai Program Undi Perdana Negeri Perlis adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis, Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) Perlis dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis.
Sebanyak 148 kerja yang dibuat undian meliputi 132 kerja skop Sivil, 14 kerja skop Elektrik dan 2 kerja skop Bangunan. Undi disertai oleh 937 kontraktor (kerja Sivil), 38 kontraktor (kerja Elektrik), 48 kontraktor (kerja Bangunan) yang layak setelah saringan dibuat oleh JKR Perlis. Kontraktor yang telah mendapat kerja pada tahun semasa (2024) di JKR Perlis, Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) dan JPD Perlis.
Program Cabutan Undi Perdana Negeri Perlis telah disaksikan oleh wakil Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (Perkof), wakil Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perlis (PKMM), wakil Jabatan Audit Negara Negeri Perlis dan wakil CIDB Perlis.
Cabutan undian dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Izizam bin Ibrahim, Ir Muhammad Jasni bin Othman mewakili Pengarah JKR Perlis, Puan Maslina binti Che Lin Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Sr Dr Mohd Azizi bin Ibrahim Juruukur Bahan Kanan JKR Perlis, Ir Mohd Soffian bin Mohamad Mokhtar Ketua Jurutera Elektrik Negeri JKR Perlis dan Ir Amalludin bin Zolkifli Jurutera Awam Kanan (PPPN 2) JKR Perlis.