• Home
  • Berita Terkini
  • MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP CADANGAN PEMBINAAN TERMINAL PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU NEGERI PERLIS

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP CADANGAN PEMBINAAN TERMINAL PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU NEGERI PERLIS

Majlis Penyerahan projek siap tersebut telah disempurnakan oleh YBhg . En.Rusdi bin Yahaya,Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, ( Pembangunan ) ,bertempat di Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis.
 
Turut hadir bersama ialah YBhg Dato' Ir Roslan b Ismail , Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB),YBhg. Ir Mukhlis Jaya bin Abdullah Jurutera Awam Penguasa Kanan , Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengangkutan , Jabatan Kerja Raya Malaysia, YBhg Ir Mohd Shahril bin Mohd Said,Pengarah JKR Negeri Perlis, YBhg. Fazlullah bin Abdul Azizi, Director Project Delivery Department,Northern Corridor Implementation Authority ( NCIA ), dan lain-lain ketua jabatan serta pasukan JKR Negeri Perlis.
 
Pihak JKR ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan khususnya kepada Northern Corridor Implementation Authority ( NCIA ) selaku pihak klien atas kepercayaan yang diberikan untuk menyiapkan projek ini.
 
Penyerahan projek ini bukan sahaja menepati KPI JKR Malaysia sekurang-kurangnya 3 dalam 1 malahan telah berjaya melangkaui KPI JKR Malaysia dengan memberi nilai tambahan 5 dalam 1 merangkumi perkara-perkara berikut :
 
i. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
ii. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
iii. Penyiapan As Built Drawing;
iv. Cofee Table Book
v. Zero Lost Time Injuries (LTI)
 
Syabas Dan Tahniah Diucapkan Kepada Pasukan Projek Yang Terlibat yang Berjaya menyiapkan bangunan terminal ini dengan penuh dedikasi dan berkomited tinggi dari mula pembinaan sehingga ke Tarikh penyerahan pada hari ini. Ucapan syabas dan tahniah juga kepada pihak Kontraktor Utama,
Uzaimin Enterprise ( Alor Setar )Sdn. Bhd. serta Kontraktor NSC ( Mechanical & Electrical ) serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini.