FUNGSI BAHAGIAN BANGUNAN
- Kami bertindak sebagai agensi pelaksana di dalam pembinaan bangunan Negeri dan juga Persekutuan.
- Kami memberi nasihat teknikal dan kepakaran kepada Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan yang lain keatas perkara-perkara yang berkaitan dengan pembinaan bangunan.
OBJEKTIF BAHAGIAN BANGUNAN
- Merancang, melaksanakan dan mengawasi projek pembinaan bangunan.
- Memastikan projek disiapkan mengikut jadual, berkualiti tinggi dengan kos yang ekonomik.
- Memberi nasihat teknikal dalam bidang pembinaan bangunan kepada agensi-agensi Kerajaan.
OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN BANGUNAN
- Ke arah penyiapan dan penyerahan projek bangunan mengikut jadual pelaksanaan dan kos yang dipersetujui dengan kualiti yang terbaik mengikut spesifikasi.
- Ke arah pembinaan bangunan aduan sifar demi keselamatan, keselesaan dan kepuasan pelanggan.