Bahagian Selenggara

VISI BAHAGIAN SENGGARA PERSEKUTUAN NEGERI

Sejajar dengan visi dan misi baru JKR yang ditetapkan oleh pengurusan atasan, JKR telah merumuskan visi bagi bisnes utama Pengurusan Senggara adalah ‘Menjadi pusat kecemerlangan kejuruteraan senggara berteraskan kreativiti dan inovasi modal insan, serta teknologi terkini’.

 

MISI BAHAGIAN SENGGARA PERSEKUTUAN NEGERI

Manakala misi bagi fungsi pelaksanaan penyenggaraan JKR:

  • Memberi perkhidmatan dan perundingan teknikal kepada kerajaan dalam pengurusan aset awam secara profesional dan kos efektif.
  • Komited untuk mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan penyenggaraan aset awam dengan amalan terbaik dan teknologi terkini untuk memenuhi kepuasan pelanggan.
  • Kami bertekad untuk membangunkan kecemerlangan modal insan yang pakar, kreatif dan inovatif dalam pengurusan aset awam.

 

OBJEKTIF BAHAGIAN SENGGARA PERSEKUTUAN NEGERI

Objektif Utama BSPN adalah memastikan:

  • Ketahanan yang berterusan dan kebolehtahanan operasi fasiliti yang telah dibangunkan.
  • Perbelanjaan senggara Aset Kerajaan yang berhemah mengikut perancangan
  • Penjagaan nilai aset mengikut nilai jangka hayat yang terancang
  • Inventori aset awam yang teratur dan seragam
  • Menjaga dan meningkatkan kepercayaan awam terhadap sistem penyampaian Kerajaan
  • Mengurangkan perbelanjaan senggara tahunan
  • Kerja-kerja senggara akan diawasi oleh mereka-mereka yang berkelayakan dan mempunyai kompetensi yang tinggi
  • Peraturan-peraturan, spesifikasi dan Undang-undang dalam kerja-kerja senggaraan dipatuhi sepenuhnya.


FUNGSI BAHAGIAN SENGGARA PERSEKUTUAN NEGERI

Fungsi Utama BSPN adalah :

  • Mengurus pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan bagi BSPN.
  • Mengurus pelan operasi senggara tahunan dan bajet operasi senggara tahunan untuk aset kerajaan persekutuan di negeri.
  • Merancang dan mengendali sistem pengurusan aset menerusi sistem pengawasan penyenggaraan terkini.
  • Mengurus dan memantau program penswastaan penyenggaraan di negeri dengan menyeragamkan spesifikasi dan pelan kualiti kerja yang digunakan.
  • Merancang dan memantau perlaksanaan kerja penyenggaraan dengan menggunakan teknologi terkini.
  • Memberi khidmat inspektorat / audit peringkat negeri.

TPL_HITS Kemaskini Terakhir
6886 Jumaat, 08 November 2013 02:14