Bahagian Pendidikan

PENGENALAN

Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis terbahagi kepada 10 bahagian dan salah satunya ialah Bahagian Pendidikan. Bahagian ini di ketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Ir. Mohd Salleh Bin Othman dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah J44 dan 3 orang Penolong Pengarah J41, seorang Penolong Jurutera Awam T/Kanan J36, 4 orang Penolong Jurutera Awam J29, 4 orang Juruteknik Awam T/Kanan J22 dan 10 orang Juruteknik Awam J17 sebagai sokongan teknikal, serta terdapat 3 orang pegawai bagi membantu melancarkan kerja – kerja pentadbiran dan 1 orang pemandu. Keseluruhan anggota Bahagian Pendidikan berjumlah 28 orang. Sebagai agensi Pembangunan Kerajaan Bahagian Pendidikan adalah dipertanggungjawab melaksana dan mengurus projek-projek pembinaan bangunan pendidikan di Negeri Perlis.

Selain dari itu juga bahagian ini berfungsi sebagai penasihat teknikal kepada lain jabatan kerajaan terutamanya yang berkaitan dengan kerja-kerja pembaikan yang melibatkan struktur.

 

TANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab utama bahagian ini untuk mengendalikan kerja pembinaan projek-projek pendidikan dan lain-lain projek pembangunan seperti yang diarahkan terutamanya yang melibatkan peruntukan persekutuan.


TPL_HITS Kemaskini Terakhir
5291 Khamis, 07 November 2013 01:49