Piagam Pelanggan

CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERLIS

 

Kami komited untuk menyedia dan menyelenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan professional yang berkualiti berteraskan kepada:

  1. Jangka masa yang ditetapkan
  2. Kos yang ekonomi
  3. Rekabentuk yang berkualiti dan mapan

Cawangan ini akan sentiasa memastikan aset kerajaan yang dipertanggungjawabkan kepada kami berfungsi seperti yang ditetapkan.

Dalam melaksanakan tugas dan fungsi seperti di atas, kami berjanji tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:

  1. Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal - 1 hari
  2. Kerja pembaikan besar (major overhaul) kenderaan dan loji berat - 4 bulan
  3. Kerja pembaikan kecil kenderaan dan loji berat - 1 bulan
  4. Penggantian chiller - 1 tahun
  5. Penggantian lif - 1 tahun
  6. Menaiktaraf pencegah kebakaran kepada sistem perlindungan jenis sprinkler - 10 bulan

TPL_HITS Kemaskini Terakhir
1779 Rabu, 17 Julai 2013 09:03