Bahagian Mekanikal

PENGENALAN

Cawangan ini terletak di dalam Kompleks JKR Perlis yang beralamat KM3 Jalan Raja Syed Alwi 01000 Kangar, Perlis dengan keluasan kawasan lebih kurang 1 ekar. Cawangan ini diwujudkan bagi membantu JKR dalam kerja-kerja pembaikan jalanraya  dan bekalan air dengan memberi perkhidmatan pembaikan kepada kenderaan, jentera pembinaan dan penyelenggaraan jalan serta loji Bekalan Air.

Memainkan peranan yang penting dalam bidang rekabentuk dan penyelenggaraan perkhidmatan bangunan disamping kerja-kerja sedia ada di atas. Peranan ini sejajr dengan keperluan JKR secara menyeluruh dimana penekanan kepada kualiti dalam bangunan perlu ditingkatkan. Dalam menyahut keperluan Pembangunan Negara, cawangan ini telah membangunkan tenaga kerja teknikalnya dengan mengadakan beberapa latihan sebagai mengukuhkan pengetahuan.

Peranan ini sejajar dengan misi korporat JKR masa kini, iaitu untuk memberi perkhidmatan dan nasihat teknikal kepada Kerajaan, Kementerian dan Jabatan Kerajaan dalam perancangan, rekabentuk, pengendalian dan penyelenggaraan kemudahan jalanraya, bekalan air dan bangunan Kerajaan. Lembaran Perancangan Cawangan ini akan menekankan perancangan-perancangan yang telah dibuat untuk memastikan bahawa sumber-sumber yang ada dimanfaatkan dengan berkesan.


OBEJKTIF

1. Memberi sepenuhnya perkhidmatan dan sokongan bidang Mekanikal mengikut jadual pelaksanaan yang dipersetujui.

2. Memastikan kos pelaksanaan kerja mengikut peruntukan yang dipersetujui.

3. Ke arah aduan sifar daripada pelaggan terhadap perkhimatan yang diberi.

TPL_HITS Kemaskini Terakhir
8750 Selasa, 29 Oktober 2013 01:54