Piagam Pelanggan

1.0 PENGURUSAN PROJEK
1.1 Fasa Prapembinaan

Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak, peruntukan yang mencukupi dan skop projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU),JPM, fasa prapembinaan (perancangan hingga Surat Setuju Terima dikeluarkan) adalah dalmam tempoh 12 hingga 15 bulan.

1.2 Fasa Pembinaan

Projek

Kos Dan Tempoh Pembinaan

 

a) Pelan Piawai :
Bangunan,Pengkalan Udara dan Maritim

RM 500 ribu ke
 bawah 
15 Bulan

RM 500 ribu - 
RM 5 juta
24 Bulan

RM 5 juta ke atas

36 Bulan

 

 

 

b) Pelan Piawai :
Jalan dan Infrastruktur

RM 500 ribu ke
 bawah 
9 Bulan

RM 500 ribu - 
RM 20 juta
24 Bulan

RM 20 juta ke atas

36 Bulan

 

 

 

c) Projeks Kompleks (Jalan, Cerun, Bangunan, 
Pengkalan Udara, dan Maritim dll.)

 

 Disiapkan  dalam tempoh dan kos yang dipersetujui 
bersama pelanggan

 

 

 

 

 


2.0 SENGGARA ASET 

2.1 Fasa Prapembinaan 

Tindakan pembaikan sementara lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan dalam tempoh 1 hari dan tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan dalamtempoh 3 hari setelah aduan diterima.

Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalu lintas atau keselamatan awam, seperti pokok tumbang atau tanah runtuh ,tindkan akan diambil dalam tempoh 24 jam setelah dikenalpasti atau aduan diterima.

Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kerja-kerja dijalankan.

2.2 Bangunan

Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan dalam tempoh 1 hari.

Tindakan pembaikan kerosakan biasa dalam tempoh 1 bulan.

2.3 Mekanikal

  • Tindakan awal terhadap aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal ( 1 hari )
  • Kerja pembaikan besar (major overhaul) / pembaikan badan kenderaan ( 3 bulan )
  • Kerja pembaikan kecik kenderaan (3 minggu )
  • Penggantian pendingin (chiller ) ( 1 tahun )
  • Penggantian lif ( 1 tahun )

2.4 Elektrik

  • Tindakan awal terhadap aduan kerosakan elektrik dan membuat penyiasatan kerosakan elektrik ( 1 hari )
  • Mengambil tindakan pembaikan keroskan ( 7 hari )

3.0 KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

3.1 Kejuruteraan Cerun

a) Runtuhan cerun berimpak besar :

  • Lawatan tapak hendaklah dibuat dalam tempoh 1 hari dari hari kejadian.
  • Laporan awal disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh lawat tapak.

b) Runtuhan cerun berimpak kecil :

Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh berikut :

  • Keadaan memerlukan penyiasatan tapak - 1 bulan selepas laporan penyiasatan diperoleh.
  • Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tapak - 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.

c) Ulasan teknikal Laporan Geoteknik daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disediakan dalam tempoh 1 minggu.

3.2 Kejuruteraan Senggara

Keputusan kelulusan pelupusan aset kerajaan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan pembangunan pengesoran lengkap diterima.

Mengemukakan ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2 minggu selepas dokumen permohonan lengkap diterima.

3.2 Kejuruteraan Forensik

a) Bagi kerja-kerja forensik struktur, geoteknik dan jalan :

  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal bagi kegagalan berimpak besar disediakan dalam tempoh 5 hari bekerja dan berimpak kecil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
  • Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapaki dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepsan keputusan ujian dan pemantauan.

b) Bagi kerja-kerja forenfik maritim dan lapangan terbang :

  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal berimpak besar dan berimpak kecil disediakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh lawatan tapak.
  • Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima.

4.0 PENGURUSAN ADUAN

4.1 Pengurusan Aduan Di Bawah Tanggungjawab JKR :

Tempoh tindakan diambil :

  • Akaun penerimaan aduan ( 1 hingga 3 hari )
  • Maklum balas aduan ( 7 hari )
  • Penutupan aduan (45 hari )

4.2 Pengurusan Aduan Bukan Di Bawah Tanggungjawab JKR (No Wrong Door Policy)

Tempoh tindakan diambil :

  • Akaun penerimaan aduan ( 1 hingga 3 hari )
  • Maklum balas aduan ( 7 hari )

5.0 PENGURUSAN KEWANGAN

Memastikan bayaran bil dan invois dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.