• Laman Utama
  • Berita Terkini
  • PENYERAHAN CURE & CARE REHABILITATION CENTRE (CCRC) BUKIT CHABANG, PERLIS (FASA II - KERJA BANGUNAN)

PENYERAHAN CURE & CARE REHABILITATION CENTRE (CCRC) BUKIT CHABANG, PERLIS (FASA II - KERJA BANGUNAN)

CURE & CARE REHABILITATION CENTRE (CCRC), BUKIT CHABANG, PERLIS

(FASA II – KERJA BANGUNAN)

Majlis Penyerahan Projek Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC), Bukit Chabang, Perlis (Fasa II – Kerja Bangunan) telah berlangsung dengan jayanya pada 6hb. Ogos 2021 (Jumaat) bertempat di Dewan Q Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.

JKR Negeri Perlis telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek bagi memastikan kualiti projek ini berada pada tahap yang tertinggi. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor utama yang berjaya adalah ZD Indah Construction.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Ir. Maria Binti Marcus, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan selaku HOPT mewakili YBhg. Dato’ Ir. Habbali Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) kepada YBrs. Ir. Amalludin Zolkifli, Jurutera Awam Kanan JKR Perlis yang menjalankan tugas Pengarah JKR Perlis dan seterusnya kepada YBhg. Tuan Khairul Anwar Bin Ahmad, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perlis selaku wakil agensi pelangan. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, YBrs. Puan Zaiton Binti Yahya, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Puan Norlida Binti Jaafar, Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSEN) Bukit Chabang, YBrs. Puan Maznah Binti Musa, Pengarah Pembangunan Negeri Perlis unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Pegawai JKR Perlis dan Kontraktor Utama, ZD Indah Construction. Majlis Penyerahan ini diadakan julung kalinya secara Hibrid iaitu bersemuka dan atas talian selaras dengan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan amalan norma baharu.

Projek ini dilaksanakan secara Konvensional Dalaman dengan siling projek sebanyak RM 45 juta yang termasuk dengan peruntukan bagi projek Fasa I iaitu kerja meroboh struktur sediada. Skop utama projek ini terdiri dari sebuah Bangunan Pentadbiran, Dewan Serbaguna, Blok Lawatan Keluarga, TNB Substation, Balai Kawalan Utama, Rumah Pam, Menara Tangki Air, Stor Berpusat, Masjid (kapasiti 400 Jemaah), 6 Blok Asrama, Bengkel Vokasional Kimpalan, Bengkel Vokasional Bakeri & Jahitan, Bilik Detoks, Dewan Makan, Klinik & Bilik Rawatan, Pentas Berbumbung & Gelanggang Futsal. Projek ini juga melibatkan skop kerja luar terdiri dari jalan & padang kawad, sistem saliran air permukaan, sistem retikulasi air dan sistem pembentung termasuk Loji Rawatan Kumbahan serta kerja – kerja Mekanikal & Elektrikal berkaitan.

Tempoh penyiapan kontrak asal projek ini adalah selama 120 minggu iaitu bermula 4 Disember 2017 sehingga 22 Mac 2020 dengan kos kontrak sebanyak RM 32,047,604.30. Projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh kontrak semasa iaitu pada 31 Mei 2021 (EOT 4) sekaligus memenuhi Piagam Pelanggan JKR Perlis. Terdapat kelewatan bagi majlis penyerahan kerana mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bermula 1 Jun 2021.

Matlamat utama pembinaan projek ini adalah untuk menyediakan infrastruktur terbaik kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang berfungsi sebagai pusat pemulihan penagihan narkotik sebagai salah satu aspek keselamatan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah JKR Negeri Perlis selaku Pegawai Penguasa Projek, Wakil Pegawai Penguasa, Cawangan Kerja Keselamatan selaku HOPT, HODT – HODT terlibat  serta Kontraktor Utama & Kontraktor NSC seterusnya semua pihak yang telah berusaha gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini. Tidak terkecuali juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Bahagian Korporat JKR Perlis yang telah bertungkus - lumus bagi menjayakan majlis penyerahan secara hibrid ini. 

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG MAJLIS :

 


 


Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERLIS
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

RUANGAN KONTRAKTOR
 1. Senarai Tender Dikeluarkan Klik Disini
 2. Senarai Sebutharga Dikeluarkan Klik Disini
 3. Senarai Keputusan Tender / Sebutharga Klik Disini
 4. Makluman Sebutharga Klik Disini

 

Sistem Aduan Pengguna

Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis menyediakan fungsi pengaduan pengguna dengan melayari
https://www.jkrperlis.gov.my/index.php/maklumbalas-aduan.

Sila pastikan anda mengisi maklumat dengan tepat. Aduan anda akan diproses dalam tempoh 5 Hari Bekerja.


Sila klik disini
Pautan Web

Kerajaan Negeri PerlisJabatan Kerja Raya (JKR)MyGovernmentJPAMAMPUSPABiro Pengaduan AwamInstitut Integriti MalaysiaMSCMyIdeasTalent CorpBLESS

PILIHAN GALERI
video
GALERI FOTO GALERI VIDEO